Powered By Blogger

PPSMI - Anda Setuju??

Sunday, January 4, 2009

KUALA LUMPUR, 5 Jan: Para pencinta bahasa Malaysia di negara ini akan mengadakan perhimpunan 100,000 umat tahun ini bagi membantah penerusan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Perhimpunan itu kemudiannya akan menyerahkan satu memorandum kepada Yang Dipertuan Agung bagi membantah PPSMI.Demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Hasni Abas, Pengarah Jawatankuasa Pelaksana Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu.

Keputusan itu dicapai selepas satu perbincangan antara NGOs, parti politik dan pencinta bahasa telah diadakan di Yayasan Penataran Ilmu bersebelahan Gapena pada 30 Disember 2008 lalu.Pertubuhan-pertubuhan yang telah hadir dalam perbincangan ini adalah Kesatuan Sekerja Dewan Bahasa & Pustaka (DBP), Pemuda Parti Islam SeMalaysia (PAS), Persatuan Lingustik Malaysia (PLM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), Teras Keupayaan Melayu (TERAS) dan Persatuan Pelajar Bahasa Melayu, Universiti Malaya.

Organisasi yang menghimpunkan NGOs, parti politik dan pencinta bahasa ini dikenali sebagai Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu. Ia mempunyai dua badan iaitu pertamanya badan induk dikenali sebagai Badan Induk Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu yang bakal dianggotai oleh tokoh-tokoh pejuang bahasa Melayu.

Antaranya adalah Datuk Dr. Hassan Ahmad (bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa & Pustaka), Tan Seri Abdul Aziz Abdul Rahman (bekas Pengerusi MAS), Tun Abd Rahman Yaakob (bekas Menteri Pendidikan), Datuk Aziz Deraman (bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa & Pustaka), Tan Sri Prof Emeritus Ismail Hussein, Prof. Dr Awang Sariyan dan ramai lagi.Badan ini berfungsi untuk menghimpunkan semua tokoh-tokoh pejuang bahasa Melayu.

Di bawah badan induk ini terdapat jawatankuasa pelaksana yang menumpukan kepada mobilasi Himpunan 100 Ribu Selamatkan Bahasa Melayu.Jawatankuasa Pelaksana ini diketuai oleh seorang Pengarah iaitu Hasni Abas, Timbalan Pengarah Suhaizan Kaiat, Setiausaha Saifullah, Pen S/U Sdr. Faisal, Bendahari Saudara Kamaruzaman.Menurut Hasni, tugas terdekat badan pelaksana ini adalah mengadakan perjumpaan dengan Datuk Dr. Hassan Ahmad dan keduanya mengadakan perjumpaan dengan semua NGOs, parti politik dan individu pencinta bahasa pada Sabtu 31 Januari 2009 di Kuala Lumpur.

p/s : sy tidak bersetuju sains dan matematik diajar dalam bahasa inggeris..menyusahkan orang di pinggir2 bandar..kerajaan langsung tidak prihatin terhadap penggunaan bahasa malaysia..apa guna diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan jika dalam pendidikan pun dianak tirikan...

0 pengkritiks seni: