Powered By Blogger

Apa nak jadi dengan ATM??

Monday, February 2, 2009

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Hrkh) � Tragedi malang yang dialami seorang pelatih, Mohd Hazim Ahmad Azman, 19, yang mendakwa didera beberapa pelajar senior pelatih Kolej Tentera Udara (KTU) di Kepala Batas, Alor Star, Kedah baru-baru ini, tidak sepatutnya berlaku terutamanya dalam profesyen ketenteraan yang penuh kehormatan dan disiplin.

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub yang dihubungi hari ini berkata, perbuatan buli sehingga menimbulkan keganasan di luar batasan kemanusiaan perlu ditentang.

Tegas beliau sepatutnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM), lebih bertegas dalam isu ini kerana tindakan disiplin segelintir anggota yang tidak berdisplin boleh menjejaskan imej tentera keseluruhannya.

Oleh sebab itu katanya, kerajaan perlu mengkaji semula nilai akhlak mereka khasnya pegangan agama yang kukuh supaya menjadi teras dalam sistem latihan ATM.

�Saya rasa kerajaan perlu pertingkatkan lagi disiplin dengan menitik beratkan aspek-aspek keagamaan supaya dapat melahirkan anggota-anggota yang berdisiplin.

�Namun insiden yang berlaku itu menunjukkan walaupun hampir 50 tahun negara merdeka tetapi tidak ada perubahan sebaliknya hampir sama dengan kem-kem tentera negara luar,� dakwanya lagi.

ATM katanya, perlu menonjolkan satu imej yang baik lebih-lebih lagi pasukan tersebut di bawah pimpinan Dato� Seri Najib Tun Razak yang bukan saja sebagai Menteri Pertahanan tetapi juga sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri (TPM) Malaysia.

�PAS berasa sangat kesal di atas insiden tersebut yang mana ia sekaligus ia menggambarkan latihan ketenteraan kita seolah-olah masih lagi berada di zaman sebelum merdeka,� katanya.

Isnin lepas, Buletin Utama TV3 memaparkan rakaman video mengenai penderaan ke atas Mohd Hazim, yang mendakwa didera beberapa pelajar senior pelatih Kolej Tentera Udara (KTU) di Kepala Batas, Alor Star, Kedah.

Rakaman kamera digital yang dibuat rakan mangsa itu menunjukkan Mohd Hazim, pelatih tahun dua KTU, didera dengan pelbagai cara termasuk dipaksa menjilat sesuatu di atas tanah, memasukkan kepala dalam longkang dan ditendang.

Penderaan itu didakwa dilakukan setiap hari antara 7 Januari hingga 11 Februari lalu.

Reaksi bekas tentera

Sementara itu, Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Dato� Muhammad Abdul Ghani berkata, sekiranya undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh ATM diamalkan kes tersebut tidak berlaku.

�Inilah akibatnya, jika tidak mengikut undang-undang malah mereka lebih gemar meniru budaya dan cara sendiri,� katanya yang dihubungi Harakahdaily hari ini.

Apatah lagi katannya, kes tersebut sudah terdedah kepada orang awam sedangkan sepatutnya apa yang berlaku dalam ATM diselesaikan secara dalaman.

�Kita tidak hendak perkara seperti berlaku kerana apabila terdedah kepada masyarakat luaran nanti mereka menganggap itu adalah kerja kerajaan ataupun ATM.

Kita tidak hendak apabila sudah didedahkan begitu masyarakat akan melihat bahawa seolah-olah ATM kita ini zalim dan tidak ada tatacara atau tatatertib, katanya.

Sebaliknya beliau berkata, insiden yang berlaku ke atas pelatih itu bukan menjadi undang-undang ATM.

Beliau juga bimbang jika insiden seperti itu berlaku, budaya untuk menarik generasi muda menyertai pasukan kesalamatan pudar malah menakutkan mereka.

Kezaliman deraan tersebut juga, memperlihatkan mereka terbabit tidak ada cara keislaman.

Sehubungan itu katanya, beliau berharap ATM membuat siasatan sewajarnya agar masyarakat tahu bahawa perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan tidak berperikemanusiaan itu bukan amalan dalam ATM.


p/s: kesian tgk budak tu kena dera...mmg tak berhati perut..ingat korang tuhan ke leh wat orang sesuka hati??kalo jadi kat sedara korang,korang pun mesti marah kan..ATM mesti buat2 tak nampak punya...seriusly..

0 pengkritiks seni: