Powered By Blogger

Hikmah Disebalik RM25

Tuesday, January 20, 2009

Seorang lelaki baru pulang lewat dari kerja dengan keletihan, dan berasa kurang senang apabila ternampak anaknya yang berumur 5thn menunggu di depan pintu rumah.

ANAK: ayah, boleh saya tanya sesuatu?
AYAH: boleh, apa soalannya?
ANAK: brapa gaji ayah sejam?
AYAH: kenapa kamu nak tahu? itu bukan hal kamu.. (lelaki tersebut menjawab dengan marah)
ANAK: saya cuma nak tahu, tolong lah beritahu...
AYAH: jika kamu nak tahu, ayah mendapat RM50 untuk sejam.
ANAK: owh... (budak kecil itu membalas dengan menundukkan kepalanya..)
ANAK: ayah, boleh saya pinjam RM25?

ayahnya bengang "jika itu sebabnya kamu bertanya dan untuk meminjam duit membeli mainan-mainan yang tak berfaedah, baik kamu pergi masuk ke bilik sekarang! orang penat bekerja dan kamu senang-senang nak mintak duit!"

budak kecil tersebut dengan diam berjalan ke biliknya.

lelaki tersebut duduk dan makin bertambah marah kepada anaknya. berani betul anaknya bertanyakan soalan tersebut untuk meminjam duit!

selepas sejam atau lebih dari itu, lelaki tersebut tenang dan kembali berfikir. mungkin yang anaknya memerlukan duit tersebut untuk sesuatu yang penting kerana dia jarang meminta duit sebelum ini. lelaki tersebut pergi ke bilik anaknya dan dengan perlahan membuka pintu..

"ayah, saya belum tidur!" anak nya menyapa.

"ayah sudah berfikir dan mungkin ayah terlalu kasar terhadap kamu. nah RM25 yang kamu minta tadi.."

budak lelaki tersebut bangun dan duduk lurus sambil tersenyum riang. "Terima Kasih ayah!!" kemudian dia mencapai sesuatu dibawah bantalnya dan mengeluarkan seikat kertas-kertas. lelaki tersebut nampak yang anaknya telah mempunyai wang dan mula memarahi anaknya sekali lagi. budak kecil itu dengan perlahan mengira jumlah wang tersebut dan memandang wajah ayahnya..

"kenapa kamu meminta wang sedangkan kamu sudah ada?" kata lelaki tersebut pada anaknya.

"sebab saya tidak cukup wang..." balas anaknya.

"ayah..sekarang saya ada RM50! boleh saya beli masa ayah? tolong balik awal esok, dan makan malam bersama? saya berharap untuk makan malam bersama ayah"

ayahnya terkedu seketika. dia meletakkan tangannya pada anaknya dan memohon maaf.


*ini adalah peringatan kepada semua yang bekerja keras selama ini. kita tidak patut mensia-siakan waktu yang ada dengan perkara-perkara yang tidak penting selain dari meluangkan masa dengan orang yang dekat dihati kita. Kongsilah RM50 masa anda dengan orang yang anda kasihi.

jika kita tiada esok, syarikat yang kita bekerja pasti akan mencari pengganti yang baru dengan senang dan cepat. tetapi keluarga dan rakan-rakan yang kita tinggalkan akan terasa kehilangan kita selamanya.

- sekian dari saya yang juga tak sempurna ini. :) semoga dapat memperbaiki diri sendiri juga.

1 pengkritiks seni:

dreamer said...

penyimpan mohor² besar nk mintak duit saving bulan ni ye... :P