Powered By Blogger

Malam Kenduri Aku..

Tuesday, January 20, 2009


malam lepas kenduri...penat giler...ekekek
tp sempat nak snap...melaram sungguh...

Hikmah Disebalik RM25

Seorang lelaki baru pulang lewat dari kerja dengan keletihan, dan berasa kurang senang apabila ternampak anaknya yang berumur 5thn menunggu di depan pintu rumah.

ANAK: ayah, boleh saya tanya sesuatu?
AYAH: boleh, apa soalannya?
ANAK: brapa gaji ayah sejam?
AYAH: kenapa kamu nak tahu? itu bukan hal kamu.. (lelaki tersebut menjawab dengan marah)
ANAK: saya cuma nak tahu, tolong lah beritahu...
AYAH: jika kamu nak tahu, ayah mendapat RM50 untuk sejam.
ANAK: owh... (budak kecil itu membalas dengan menundukkan kepalanya..)
ANAK: ayah, boleh saya pinjam RM25?

ayahnya bengang "jika itu sebabnya kamu bertanya dan untuk meminjam duit membeli mainan-mainan yang tak berfaedah, baik kamu pergi masuk ke bilik sekarang! orang penat bekerja dan kamu senang-senang nak mintak duit!"

budak kecil tersebut dengan diam berjalan ke biliknya.

lelaki tersebut duduk dan makin bertambah marah kepada anaknya. berani betul anaknya bertanyakan soalan tersebut untuk meminjam duit!

selepas sejam atau lebih dari itu, lelaki tersebut tenang dan kembali berfikir. mungkin yang anaknya memerlukan duit tersebut untuk sesuatu yang penting kerana dia jarang meminta duit sebelum ini. lelaki tersebut pergi ke bilik anaknya dan dengan perlahan membuka pintu..

"ayah, saya belum tidur!" anak nya menyapa.

"ayah sudah berfikir dan mungkin ayah terlalu kasar terhadap kamu. nah RM25 yang kamu minta tadi.."

budak lelaki tersebut bangun dan duduk lurus sambil tersenyum riang. "Terima Kasih ayah!!" kemudian dia mencapai sesuatu dibawah bantalnya dan mengeluarkan seikat kertas-kertas. lelaki tersebut nampak yang anaknya telah mempunyai wang dan mula memarahi anaknya sekali lagi. budak kecil itu dengan perlahan mengira jumlah wang tersebut dan memandang wajah ayahnya..

"kenapa kamu meminta wang sedangkan kamu sudah ada?" kata lelaki tersebut pada anaknya.

"sebab saya tidak cukup wang..." balas anaknya.

"ayah..sekarang saya ada RM50! boleh saya beli masa ayah? tolong balik awal esok, dan makan malam bersama? saya berharap untuk makan malam bersama ayah"

ayahnya terkedu seketika. dia meletakkan tangannya pada anaknya dan memohon maaf.


*ini adalah peringatan kepada semua yang bekerja keras selama ini. kita tidak patut mensia-siakan waktu yang ada dengan perkara-perkara yang tidak penting selain dari meluangkan masa dengan orang yang dekat dihati kita. Kongsilah RM50 masa anda dengan orang yang anda kasihi.

jika kita tiada esok, syarikat yang kita bekerja pasti akan mencari pengganti yang baru dengan senang dan cepat. tetapi keluarga dan rakan-rakan yang kita tinggalkan akan terasa kehilangan kita selamanya.

- sekian dari saya yang juga tak sempurna ini. :) semoga dapat memperbaiki diri sendiri juga.

lagu meet uncle hissein dalam juara lagu...lepas tau diorang menang...

Sunday, January 18, 2009

Meet Uncle Hussein - The Best..

assalamualaikum..apa khabar sume..

semalam...band indie...Meet Uncle Hussein telah memenangi anugerah Juara Lagu...
dengan lagu Lagu Untukmu...
aku mati2 ingatkan faizal tahir yang akan menang..sb dia dah bolot 3 kategori..
mmg tak suka sket faizal tahir..kalo dia menang semalam..mmg rugi la tgk siaran almost 3 jam..
persembahan tak best pun..mcm mana leh mng persembahan terbaik...hmm..

takpe la..mayb rezki dia..but aku bangga jugak la meet uncle hussein menang...tak sia2 tunggu..mmg persembahan diorang gempak...bersahaja..better than faizal tahir..

anyway..i hope more band indie masuk juara lagi..bittersweet,pesawat,bunkface,laila's lounge sb diorang sume best2...

sekian dari aku..mr biblio..hehe

Kebaikan Cium Anak2 Kita...ALhamdulillah...

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar
kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah
akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat
syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang
menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?" Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

biru atau ijau...heheh

Thursday, January 15, 2009

hai...salam..pe kabo sume..sori lambat nak post..hehe...tgh pk nak tulis ape...


hmm...isu pilihanraya ok tak?agak2 sape yang menang nanti?
biru atau hijau?

bagi aku...tak kesah la sape menang..asalkan kerja kena jujur..jangan time kempen je sanggup dukung orang sakit..tp bila menang langsung tak nampak muka..heheh...

tu je la kot..tak leh nak tulih panjang2..kang kena ISA,,

ni la umat muhammad...

Tuesday, January 13, 2009

Peliknya umatku....

Bola punya hal, pukul 3 pagi boleh bersengkang mata. Bola punya hal, ringan aje tubuh untuk bangun di waktu ayam pun tak bangun lagi. Tapi, pukul 3 pagi akan jadi terlalu berat utk bangun jika disuruh tahajjud 2 rakaat di waktu sahur cukup menyeksakan baginya.
Peliknya umatku..

Menangis teresak-esak sbb penyanyi pujaan terkeluar dari Akademi Fantasia air mata sungguh murah melimpah pabila artis pujaan turut menangis namun, berapa sgt umatku yg sudi melinangkan air matanya sbg taubat kpd yg Esa? Berapa sgt umatku yg menangisi kerana kematian seseorang ulama dan solehin?
Peliknya umatku....

Sms berpuluh ringgit dgn senang hati dihantar, janji penyanyi pujaan terpilih. jari-jemari begitu ringan menaip nama penyanyi pilihan dan nombor undian. tapi, jari jemari begitu berat utk mengambil seringgit utk dimasukkan ke dalam tabung masjid tangan begitu kaku utk menghulurkan seringgit dua ke jalan Allah.

Peliknya umatku....

Gembira dia sbb anak pandai menyanyi dan pandai main piano sedih sekali dia pabila anaknya tak dpt masuk Akademi Fantasia, Malaysian Idol. namun, tak ramai umatku yg sedih jika zuriatnya buta al-Quran tak ramai umatku yg resah jika anaknya tidak tahu sujud kpd yg Esa.


Peliknya umatku....


Sanggup bersesak-sesak, berhimpit-himpit dipadang konsert hiburan.. sanggup memberi komitmen memenuhi dan memeriahkan konsert hiburan sedihnya.. program Allah 5 kali sehari di Masjid tidak dapat sambutan meriah dari umatku. Mereka tidak sanggup untuk berdiri dlm saf walaupun 5 minit saja.

Peliknya umatku....

Setiap tahun adanya pertandingan tilawah al-Quran tak cukup peringkat kebangsaan.. dibuat peringkat antarabangsa tapi, dengan al-Quran masih lagi bersikap ikut selera mana rasa elok, diamalkan.. mana rasa tak elok untuk nafsu, baca aje dah le.

Peliknya umatku....

Setiap tahun mereka sanggup menjadi penunggu setia kepada jam 12 mlm pd hari merdeka, pada hari tahun baru jam 12 mereka akan bersorak ramai-ramai.. tak kira jantan betina detik saat jam 12, saat yg ditunggu-tunggu tanpa berkedip mata melihat jam besar. sedihnya.. tak ramai yg mampu dan mahu menunggu waktu solat lebih awal di masjid

Peliknya umatku....

Setiap kali aku menulis fakta yang benar dan kenyataan tentang bangsaku, kaumku dan umatku, pasti ada suara2 sumbang dan lantang yang
cuba
mempertikaikannya umpama menegakkan benang yang basah.


Tak salah rasanya kalau kita sedar dan menyedarkan