Powered By Blogger

ni la umat muhammad...

Tuesday, January 13, 2009

Peliknya umatku....

Bola punya hal, pukul 3 pagi boleh bersengkang mata. Bola punya hal, ringan aje tubuh untuk bangun di waktu ayam pun tak bangun lagi. Tapi, pukul 3 pagi akan jadi terlalu berat utk bangun jika disuruh tahajjud 2 rakaat di waktu sahur cukup menyeksakan baginya.
Peliknya umatku..

Menangis teresak-esak sbb penyanyi pujaan terkeluar dari Akademi Fantasia air mata sungguh murah melimpah pabila artis pujaan turut menangis namun, berapa sgt umatku yg sudi melinangkan air matanya sbg taubat kpd yg Esa? Berapa sgt umatku yg menangisi kerana kematian seseorang ulama dan solehin?
Peliknya umatku....

Sms berpuluh ringgit dgn senang hati dihantar, janji penyanyi pujaan terpilih. jari-jemari begitu ringan menaip nama penyanyi pilihan dan nombor undian. tapi, jari jemari begitu berat utk mengambil seringgit utk dimasukkan ke dalam tabung masjid tangan begitu kaku utk menghulurkan seringgit dua ke jalan Allah.

Peliknya umatku....

Gembira dia sbb anak pandai menyanyi dan pandai main piano sedih sekali dia pabila anaknya tak dpt masuk Akademi Fantasia, Malaysian Idol. namun, tak ramai umatku yg sedih jika zuriatnya buta al-Quran tak ramai umatku yg resah jika anaknya tidak tahu sujud kpd yg Esa.


Peliknya umatku....


Sanggup bersesak-sesak, berhimpit-himpit dipadang konsert hiburan.. sanggup memberi komitmen memenuhi dan memeriahkan konsert hiburan sedihnya.. program Allah 5 kali sehari di Masjid tidak dapat sambutan meriah dari umatku. Mereka tidak sanggup untuk berdiri dlm saf walaupun 5 minit saja.

Peliknya umatku....

Setiap tahun adanya pertandingan tilawah al-Quran tak cukup peringkat kebangsaan.. dibuat peringkat antarabangsa tapi, dengan al-Quran masih lagi bersikap ikut selera mana rasa elok, diamalkan.. mana rasa tak elok untuk nafsu, baca aje dah le.

Peliknya umatku....

Setiap tahun mereka sanggup menjadi penunggu setia kepada jam 12 mlm pd hari merdeka, pada hari tahun baru jam 12 mereka akan bersorak ramai-ramai.. tak kira jantan betina detik saat jam 12, saat yg ditunggu-tunggu tanpa berkedip mata melihat jam besar. sedihnya.. tak ramai yg mampu dan mahu menunggu waktu solat lebih awal di masjid

Peliknya umatku....

Setiap kali aku menulis fakta yang benar dan kenyataan tentang bangsaku, kaumku dan umatku, pasti ada suara2 sumbang dan lantang yang
cuba
mempertikaikannya umpama menegakkan benang yang basah.


Tak salah rasanya kalau kita sedar dan menyedarkan

Monday, January 12, 2009

di saat bas mengalami kerosakan berdekatan RnR Sg Perak...aku sempat snap satu pic...eh..silap..bukan aku yang snap..aku model je..wife kesayangan aku yang snap..thanks dear..heheh...on the way back to kedah...my hometown..

israel??

assalamualaikum..apa khabar semua??
sekarang banyak keganasan yang dilakukan oleh israel keatas rakyat palestine...sebak dihati bila tgk orang2 yang tak berdaya, terutamanya wanita dan kanak bergelimpangan akibat bedilan bom oleh tentera israel..sy mmg geram dgn apa yang telah pihak israel lakukan..mau ja nak bom satu israel..negara ini pun tidak terkecuali dalam hal memberi pertolongan kepada rakyat palestine..
bagus rakyat malaysia..

ramai persatuan pengguna mau boikot barangan israel...cuma adakan cara dengan menyatakan boikot sudah memadai sekiranya pemimpin negara ini tidak menyokong..sepatut nya perdana menteri tercinta kita yang patut bangkitkan hal boikot ini...sebab jika beliau yang menyatakan pendirian untuk memboikot semua barangan israel,tak mustahil perkara ini menjadi kenyataan..jika hanya dengan mengutuk,tak sampai kemana pun...

pada pendapat saya..jika pemimpin kita mmg betul2 ingin memperjuangkan perkara ini..sepatut nya mereka lah yang memulakan kempen boikot barangan israel ini...takkan nak mengharapkan rakyat sahaja yang memainkan peranan ini..pemimpin sepatutnya prihatin...

jika PM kita melancarkan kempen boikot...kami berasa sangat berbangga dengan beliau...

BPR nak jadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

Sunday, January 4, 2009

dengar kata BPR akan menjadi SPRM...

apa rasional pertukaran nie??
takda bezanya...orang kenamaan akan terus dilindungi...
merugikan negara je...

lepas tu bab pegawai BPR yang terhegeh2 nak naik gaji,sy terbaca di ruangan komen pembaca dalam berita harian pada 1 januari 2009...kerja pun tak bagus,mcm mana nak naik gaji..bersyukur la...tuhan bagi rezki kat anda semua...tak kebulur tak makan..biasa la..orang melayu..sentiasa tak penah cukup...tak de yang bersyukur..cuba la kerja dengan penuh keimanan...bukan berteraskan gaji semata2...kalo kerja sket nak naik gaji je mcm mana nak kerja dgn baik...nak kata bodoh..keja pegawai...ingat la orang kat bawah...tak cukup lagi ke gaji yang anda terima???nak ungkit pasal keja kat luar la...belanja saksi la...tak boleh nak claim ke kalo wat keja luar..pas tu nak bandingkan dengan kakitangan awam yang lain,cakap kakitangan awam hanya dok kat opis je..kalo mcm tu la perangai anda...baik anda letak jawatan je..tak payah keja...senang..ingat senang ke nak naikkan gaji..bukan kerajaan nie bapak anda yang punya.....sekian..

PPSMI - Anda Setuju??

KUALA LUMPUR, 5 Jan: Para pencinta bahasa Malaysia di negara ini akan mengadakan perhimpunan 100,000 umat tahun ini bagi membantah penerusan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Perhimpunan itu kemudiannya akan menyerahkan satu memorandum kepada Yang Dipertuan Agung bagi membantah PPSMI.Demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Hasni Abas, Pengarah Jawatankuasa Pelaksana Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu.

Keputusan itu dicapai selepas satu perbincangan antara NGOs, parti politik dan pencinta bahasa telah diadakan di Yayasan Penataran Ilmu bersebelahan Gapena pada 30 Disember 2008 lalu.Pertubuhan-pertubuhan yang telah hadir dalam perbincangan ini adalah Kesatuan Sekerja Dewan Bahasa & Pustaka (DBP), Pemuda Parti Islam SeMalaysia (PAS), Persatuan Lingustik Malaysia (PLM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), Teras Keupayaan Melayu (TERAS) dan Persatuan Pelajar Bahasa Melayu, Universiti Malaya.

Organisasi yang menghimpunkan NGOs, parti politik dan pencinta bahasa ini dikenali sebagai Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu. Ia mempunyai dua badan iaitu pertamanya badan induk dikenali sebagai Badan Induk Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu yang bakal dianggotai oleh tokoh-tokoh pejuang bahasa Melayu.

Antaranya adalah Datuk Dr. Hassan Ahmad (bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa & Pustaka), Tan Seri Abdul Aziz Abdul Rahman (bekas Pengerusi MAS), Tun Abd Rahman Yaakob (bekas Menteri Pendidikan), Datuk Aziz Deraman (bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa & Pustaka), Tan Sri Prof Emeritus Ismail Hussein, Prof. Dr Awang Sariyan dan ramai lagi.Badan ini berfungsi untuk menghimpunkan semua tokoh-tokoh pejuang bahasa Melayu.

Di bawah badan induk ini terdapat jawatankuasa pelaksana yang menumpukan kepada mobilasi Himpunan 100 Ribu Selamatkan Bahasa Melayu.Jawatankuasa Pelaksana ini diketuai oleh seorang Pengarah iaitu Hasni Abas, Timbalan Pengarah Suhaizan Kaiat, Setiausaha Saifullah, Pen S/U Sdr. Faisal, Bendahari Saudara Kamaruzaman.Menurut Hasni, tugas terdekat badan pelaksana ini adalah mengadakan perjumpaan dengan Datuk Dr. Hassan Ahmad dan keduanya mengadakan perjumpaan dengan semua NGOs, parti politik dan individu pencinta bahasa pada Sabtu 31 Januari 2009 di Kuala Lumpur.

p/s : sy tidak bersetuju sains dan matematik diajar dalam bahasa inggeris..menyusahkan orang di pinggir2 bandar..kerajaan langsung tidak prihatin terhadap penggunaan bahasa malaysia..apa guna diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan jika dalam pendidikan pun dianak tirikan...

Sambutan Tahun Baru mengikut Cara Pembaca Berita..

Penyampai berita, pelakon dibebas

Ditahan ketika sertai pesta dadah rai tahun baruKUALA LUMPUR: Penyampai berita stesen televisyen swasta, Farahrizan Abdul Razak, 23, dan pelakon wanita sambilan yang ditahan bersama 24 yang lain kerana disyaki menyertai pesta dadah pada malam tahun baru di sebuah hotel di Jalan P Ramlee di sini, dibebaskan dengan jaminan polis, kelmarin. Mereka dibebaskan sementara menunggu hasil ujian air kencing kedua dari Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, berkata 25 orang termasuk lapan yang positif dadah dalam ujian saringan pertama dibebaskan, kelmarin manakala seorang lagi masih ditahan. Beliau berkata, pihaknya sedang menunggu hasil ujian HKL terhadap personaliti televisyen dan pelakon sambilan bersama tujuh lagi yang dibebaskan atas jaminan polis sementara yang dijangka diperoleh dalam masa dua minggu. "Selepas hasil ujian kedua diperoleh, semua lapan yang dibebaskan atas jaminan polis akan dipanggil semula untuk tindakan susulan.

"Bagaimanapun, lelaki berusia 25 tahun yang juga seorang daripada sembilan positif dadah, masih ditahan kerana dipercayai membekalkan dadah yang ditemui ketika serbuan. "Esok (hari ini), kita akan menyerahkan kes ini kepada pendakwa raya untuk diteliti sebelum tindakan lanjut diambil," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Kang berkata, 17 lagi peserta pesta itu yang sudah direkodkan keterangan dibebaskan tanpa syarat kerana tiada kesan dadah ditemui ketika ujian air kencing pertama. Farahrizan dibebaskan bersama pelakon sambilan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, kira-kira jam 7 malam.

Semua mereka diberkas anggota Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Kuala Lumpur ketika menyerbu bilik ditempah khas di Tingkat 11 hotel berkenaan kira-kira jam 3 pagi, Khamis lalu. Pesta itu dipercayai dianjurkan sepasang suami isteri berusia lingkungan 20-an yang baru melangsungkan perkahwinan tiga minggu lalu.


p/s : apa la yang nak jadi kepada orang2 nie...pesta dadah...seks....ingat la..kita hidup tak lama...
kepada pembaca berita dengan pelakon tu..patut di pecat je...nak kata bodoh,blaja tinggi2

Renung2 kan la...

assalamualaikum...
apa khabar suma..bertemu lagi dalam ruangan blog..

sy bersedih dengan berita perperangan di palestine..sangat2 memilukan..tp ada warga negara yang tidak mengambil iktibar diatas apa yang terjadi...kita masih berseronok,enjoy dikala saudara kita di sana berhabis2an mempertahankan negara mereka dari rajim zionis durjana..saya cuma kesal pemimpin negara kita tidak menghentikan sambutan tahun baru yang penuh dengan maksiat...apa la nak jadi dengan negara kita ini..
adakan kita hendak menunggu sehingga apa yang terjadi kepada orang palestine terjadi kepada kita??

renung2 kan la..

sekarang nie maksiat mmg tak dapat dibendung...merata2 seperti pasir2 di pantai...
moga kita akan mendapat hidayah dari Allah S.W.T..

amin....